Tuesday, July 19, 2011

Deerland dan solat zohor

seekor rusa di deerland, lanchang, pahang.
 sabtu lepas 16.7.2011, saya ke bukit rengit. Pertamanya untuk melihat anak murid berkursus tahsin al-Quran di pusat latihan perhilitan. sekembali dari situ saya singgah di "deerland". 

Bayar RM6.00 untuk masuk. ada bermacam haiwan di sana, yang terbanyak rusa. ada kucing, ayam, ular, beruk, burung, arnab, beruang dll. 

Keluar dari situ jam sudah pukul satu, saya fikir sempat solat di masjid kg bolok kerana selama ini saya belum pernah solat di masjid itu.
menunggu untuk mendapatkan makanan

murid sekolah + rusa = ?

deerland, bukit rengit, lanchang, temerloh pahang.
 mudah saja mencari masjid bolok kerana ada papan tanda dan masjidnya di tepi jalan. Sampai masjid saya nampak ada dua orang jemaah tetapi tiada yang mahu azan. saya azan tanpa pembesar suara.

Solat zohor bertiga, seorang dari temerloh berhenti solat dalam perjalanan menuju ke deerland, seorang penduduk kampung bolok dan saya. (mesej - mari tunaikan solat berjamaah di masjid)

di deerland tadi ramai orang, di bolok juga tak kurang orang tetapi masjid sunyi dan sepi. saya meninggalkan masjid itu selepas berbual panjang dengan orang kampung fasal bahaman dan sejarahnya.
arnab pun ada

opp, ini yg dah mati, di muzium haiwan perhilitan bkt rengit.

tanda arah ke masjid bolok, lanchang, pahang.

masjid kg bolok, lanchang, temerloh pahang.

No comments:

Post a Comment