Wednesday, May 30, 2012

Memanah dan menembak.


  pada 24.5.2012 pertandingan memanah telah diadakan di masjid taman temerloh jaya. Peserta terdiri dari pelajar, orang awam dan ajk masjid. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Sahibul Samahah Mufti Negeri Pahang. Memanah adalah sunnah nabi dan antara sukan yangdigalakkan dalam Islam.





Latihan menembak: Isnin 14.5.2012 menghadiri latihan menembak di lapang sasar kem batu lima mentakab. Ada peserta tujuh das tembak masih tak kena. Kebanyakan lulus dengan hanya sekali tembak saja.
mendengar taklimat sebelum menembak





Monday, September 5, 2011

Masjid Nilai (lama)

masjid lama Nilai
 Ahad 4.9.2011 kami singgah di masjid lama Nilai untuk solat zohor & asar. masjid di hujung bandar lama nilai ini kecil sahaja dan sesuai untuk ahli jamaah lelaki. Ada jamaah tabligh iktikaf di situ. bilik airnya baru dan bersih.


masjid bandar baru Nilai

perpustakaan matrikulasi uiam nilai

Saturday, July 23, 2011

madrasah al-mukammil sg. ling

 Pagi tadi sabtu 23.7.2011 saya ke kg sungai Ling untuk menghadiri perasmian madrasah al-mukammil al-jenderami yang dilaksanakan oleh Hj Wan Wahid Wan Hasan. Turut Hadir Sahibus Samahah Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Hj Othman serta Maulana Johari dari Maahad Tahfiz Sungai Salan Jerantut. Juga hadir kadi maran, chenor dan kuantan.



Para tetamu vip

kumpulan kompang mengiringi  maulid

hadirin di dlm madrasah

vip

mufti pahang sedang berucap

madrasah al mukammil sg ling aljenderami

melihat pemeran

Tuesday, July 19, 2011

Deerland dan solat zohor

seekor rusa di deerland, lanchang, pahang.
 sabtu lepas 16.7.2011, saya ke bukit rengit. Pertamanya untuk melihat anak murid berkursus tahsin al-Quran di pusat latihan perhilitan. sekembali dari situ saya singgah di "deerland". 

Bayar RM6.00 untuk masuk. ada bermacam haiwan di sana, yang terbanyak rusa. ada kucing, ayam, ular, beruk, burung, arnab, beruang dll. 

Keluar dari situ jam sudah pukul satu, saya fikir sempat solat di masjid kg bolok kerana selama ini saya belum pernah solat di masjid itu.
menunggu untuk mendapatkan makanan

murid sekolah + rusa = ?

deerland, bukit rengit, lanchang, temerloh pahang.
 mudah saja mencari masjid bolok kerana ada papan tanda dan masjidnya di tepi jalan. Sampai masjid saya nampak ada dua orang jemaah tetapi tiada yang mahu azan. saya azan tanpa pembesar suara.

Solat zohor bertiga, seorang dari temerloh berhenti solat dalam perjalanan menuju ke deerland, seorang penduduk kampung bolok dan saya. (mesej - mari tunaikan solat berjamaah di masjid)

di deerland tadi ramai orang, di bolok juga tak kurang orang tetapi masjid sunyi dan sepi. saya meninggalkan masjid itu selepas berbual panjang dengan orang kampung fasal bahaman dan sejarahnya.
arnab pun ada

opp, ini yg dah mati, di muzium haiwan perhilitan bkt rengit.

tanda arah ke masjid bolok, lanchang, pahang.

masjid kg bolok, lanchang, temerloh pahang.

Sunday, July 17, 2011

Tahsin Al-Quran di Bukit Rengit

seramai 40 orang pelajar dari sekolah menengah Bahaman, Lanchang berkursus tahsin al-Quran di bukit Rengit. Kursus tiga hari dua malam ini dikendalikan oleh PERMAI. Program mengandungi ceramah, bengkel dan praktikal.
15,16 dan 17 Julai 2011.


Tempat kursus, Bukit Rengit

berbengkel

peserta perempuan

dalam kumpulan

taaruf

fesi memulakan sesi

taaruf

bengkel sedang berlangsung

Wednesday, July 13, 2011

sunnah berubat

menunggu pendaftaran di hospital temerloh

hari selasa doktor pakar - ramai orang
 12.7.2011 jumpa pakar tulang selepas setahun pembedahan. doktor kata, berdasarkan xray yang dilihatnya, tulang saya sudah bercantum sepenuhnya. Dan sekarang saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat. Saya berfikir... doktor cuma buat pembedahan, pasang besi pada tulang yang patah, jahit semula dan tunggu sembuh. sementara itu saya diberi ubat tahan sakit (saya tak makan) disamping buat fisioterapi (latihan kayuh basikal dan berdayung). untuk penyembuhan, doktor serah pada tuhan (dia tak sebut begitu, tetapi itulah hakikatnya). dengan fenomina ini saya lebih yakin bahawa memang allah maha berkuasa, makhluk tidak berkuasa. Bersyukurlah kepada Allah dengan cara mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya. apa yang nabi buat, kita buat, apa yang nabi tak buat, kita tak payah buat.
menunggu dari pukul 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari.

Saturday, July 2, 2011

Satu sukan

kumpulan main catur 2/7/2011 smk datuk bahaman
 sukan memang sunnah. tapi orang jarang nak jadikannya ibadah. Kebanyakan sukan melibatkan pendedahan aurat, percampuran lelaki perempuan, tinggal solat dll - itu menjadikan sukan sebagai maksiat. sukan memanah, berkuda dan renang tidak diusahakan dan tidak dijadikan ibadah... marilah kita fikir dan improve!
ramai murid satu permainan - catur

baru selesai tanam pokok - satu guru satu pokok. smk datuk bahaman