Sunday, February 27, 2011

20 perkara asas memahami Islam.

Asas Pertama:
Kahirah


pelajar kisas
Fahamilah bahawa: Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara, watan, pemerintah, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, material, kekayaan, jihad, dakwah, ketenteraan, fikrah...sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah.
Asas Kedua:
Bayan dlm bahasa Urdu di masjid Taman temerloh Jaya.
Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak mengambil mudah. Sunnah pula difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.
Asas Ketiga:
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya.

Ar-rawsha restoran kg Pandan KL.
llham, litasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan nas agama.
Asas Keempat.
Tangkal, jampi, azimat, makrifah, kihanah dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar  yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma'thur dari Rasulullah.

Sunday, February 20, 2011

pakaian nabi

gambar hiasan saja...
Rasulullah telah diberi hadiah kain bercorak oleh Abu Jahm. Beliau telah memakai kain itu untuk solat. Semasa solat beliau memandang kepada corak kain itu,  lantas selepas solat beliau mengembalikan kain itu kepada Abi Jahm dan Rasulullah meminta tukar kain yang tidak bercorak (plain). Maksudnya Rasulullah lebih suka memakai pakaian yang tidak bercorak. (macam mana dengan batik?)

Saturday, February 19, 2011

maulidur rasul di masjid Sanggang.

Maulana Helmi sedang menyampaikan kuliah (bayan)
 14.2.2011 masjid sanggang - penceramah Maulana Helmi dari Tahfiz Sg Badak Jerantut.
Antara hadirin yang mendengar bayan

Sekarang musim maulidur rasul. ada beberapa isu yang boleh fikirkan berkait dengan `ahli sunnah'. Soalannya:
1) Adakah Nabi membuat sambutan hari kelahirannya?
2) adakah sahabat besar spr abu Bakar, umar, usman dan Ali membuatnya.
3) Siapa yang memulakan sambutan ini?
4) Betul ke tarikh 12 Rabiul awal nabi lahir..

Orang selalu mendabik dada sebagai ahli sunnah dan condemn golongan lain. Ada yang condemn mazhab lain kerana dia bermazhab syafie. Fikirkanlah sambutan maulid ini dari mazhab mana? 
Malam itu saya ke masjid kg sanggang bersama ustaz Mohd Zain. Ceramah sungguh menarik, dan yang lebih menarik lagi selepas ceramah kami dihidangkan dengan kari kambing. Saya suka makan kambing sebab nabi makan kambing, sebagaimana seorang sahabat suka makan labu apabila melihat nabi makan labu.

Wednesday, February 16, 2011

Ahli Sunnah

al-aqsa
 salam perkenalan
al-aqsa

masjid kg batu satu, temerloh, pahang.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.



Sunnah merujuk kepada kata-kata, perbuatan dan perakuan Nabi S.A.W. Ahli sunnah bermaksud orang yang percaya serta melaksanakan sunnah Nabi S.A.W. Sunnah Nabi terkumpul dalam kitab-kitab hadis yang muktabar iaitu Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Tarmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa'i, Ibnu Majah, Dar Al-Qutni dan lain-lain. Lawan kepada ahli sunnah ialah ahli Bid'ah, ahli Rakyu dan Syiah.