Sunday, February 27, 2011

20 perkara asas memahami Islam.

Asas Pertama:
Kahirah


pelajar kisas
Fahamilah bahawa: Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara, watan, pemerintah, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, material, kekayaan, jihad, dakwah, ketenteraan, fikrah...sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah.
Asas Kedua:
Bayan dlm bahasa Urdu di masjid Taman temerloh Jaya.
Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak mengambil mudah. Sunnah pula difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.
Asas Ketiga:
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya.

Ar-rawsha restoran kg Pandan KL.
llham, litasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan nas agama.
Asas Keempat.
Tangkal, jampi, azimat, makrifah, kihanah dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar  yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma'thur dari Rasulullah.

No comments:

Post a Comment