Sunday, April 17, 2011

Purdah

Purdah



berpurdah di perpustakaan universiti sains pengurusan (msu) shah Alam
konvo berpurdah





bawa anak solat jamaah di masjid







Pertama kali saya melihat perempuan berpurdah ialah di universiti malaya tahun 1976. Pertamanya pelajar dari fakulti perubatan yang mengambil kursus pilihan di fakulti sastera dan keduanya rakan sekursus di fakulti sastera. Pada masa itu purdah sangat asing malah perempuan bertudungpun jarang.
Dalam tahun 1970an Tenaga pengajar perempuan di Kolej Islam Kelang pun tidak bertudung... murid-murid perempuan pula bertudung dengan menampakkan rambut di bahagian hadapan. Ada pelajar semasa di KIK bertudung tetapi apabila masuk ke universiti malaya, mereka tidak bertudung. Ada yang bertudung semasa di UKM tetapi apabila balik ke Sarawak dia tidak bertudung. Begitulah taraf pemakaian tudung dan taraf menutup aurat pada masa itu.
Pada minggu lepas (2011) saya melawat ke msu (universiti sains pengurusan) di shah alam. Semasa di perpustakaan universiti tersebut saya terpandang seorang mahasiswi berpurdah sedang membaca. Untuk tujuan dakwah dan mempromosikan syiar Islam saya mengambil gambar siswi berkenaan. Selepas itu saya melihat ada beberapa orang lagi siswi berpurdah tetapi tidak sempat untuk diambil gambarnya kerena mereka sedang berjalan. saya percaya orang Islam perlu mempunyai rasa bangga dengan agama mereka dan mempromosikannya ke tengah masyarakat dunia.

Saturday, April 16, 2011

Berniaga di masjid.

berniaga di masjid

Us. Zahazan Muhamad dalam ceramahnya di Masjid Taman Temerloh Jaya pada 15.4.2011 Jumaat malam Sabtu menerangkan persoalan yang dikemukakan kepadanya mengenai berniaga di masjid....

Beliau menjelaskan bahawa ada dua hadis mengenainya: Pertama hadis yang melarang berniaga di masjid dan Kedua hadis yang menceritakan nabi membeli unta Jabir bin Abdullah dan urusniaga itu berlaku di masjid. ( ketiga editor menambah, hadis Kaab bin malik menuntut hutang di masjid ). Hadis-hadis ini seolah-olah ada pertentangan. Ustaz menjelaskan bahawa masjid dilarang untuk dijadikan seperti pasar dengan perniagaan yang hiruk-pikuk dan riuh rendah, tetapi urus niaga yang tidak melibatkan  perlakuan dimikian tidaklah dilarang. Buktinya bahawa nabi sendiri melakukan pembelian unta Jabir dan pembayarannya dilakukan di masjid, begitu juga Kaab menuntut hutangnya di masjid. Wallahu a`lam.
banyak lagi perkara yg perlu kita pelajari (perpustakaan MSU)



berniaga dpn pejabat masjid tmn temerloh jaya
jualan kitab

kuih-mueh

Masjid Kampung Teris

Masjid Kg Teris, Lanchang Pahang

Jauh di pedalaman negeri pahang, terdapat sebuah kg bernama kg Teris, Lanchang, Temerloh Pahang. Saya telah mengunjungi masjid ini pada Khamis 14 April 2011.

Sangat banyak kelebihan solah yang kita semua sering lupa dan kadang-kadang sengaja buat-buat tak ingat.

Yang pertama: solat ialah tiang agama
Diriwayatkan drpd Abdullah bin Umar r.a katanya, Rasulullah bersabda: "Islam dibina atas 5: bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di Bulan Ramadhan"
 
Solat di padang pasir
kedua: solat menggugurkan dosa-dosa
Abu Dzar berkata: suatu ketika Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas baginda memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun2 tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda: "Wahai Abu Dzar.". Saya menyahut: "saya, saya Ya Rasulullah". Kemudian Baginda bersabda: "Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun2 ini dari pokok".
ke3: solat menyebabkan dosa-dosa terampun

Solat di atas pelantar laut
ke 4: solat membersihkan dosa
Abu Hurairah berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda: "Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu sebanyak 5 kali sehari, pada pendapat kamu, masih adakah lg kekotoran?". Para sahabat menjawab: "tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran." Rasulullah bersabda: "maka demikian lah juga solat 5 waktu, melalui solat Allah akan mengampunkan dosa".
ke5: solat penyelamat ketika kesusahan
Huzaifah berkata: "Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat".


ke6: solat menebus dosa

Solat berjemaah di padang pasir
ke 7: solat menyebabkan masuk syurga lebih awal

ke8: solat ialah penyelamat

ke9: jaminan Allah untuk mereka yang menjaga solat
Allah berfirman dalam Hadis Qudsi: Aku telah memfardhukan keatas umatmu solat 5waktu. Aku sungguh2 telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu, maka Aku telah bertangungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak akan bertanggungjawab ke atasnya"

2 beradik solat berjemaah
ke10: nilai 2 rakaat solat
Rasulullah bersabda:" Saya akan memberitahu kamu perkara yang lebih menguntungkan yang akan diperoleh oleh seseorang." Seseorang bertanya: "Apakah itu wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "2 rakaat solat sunat selepas solat."