Saturday, April 16, 2011

Berniaga di masjid.

berniaga di masjid

Us. Zahazan Muhamad dalam ceramahnya di Masjid Taman Temerloh Jaya pada 15.4.2011 Jumaat malam Sabtu menerangkan persoalan yang dikemukakan kepadanya mengenai berniaga di masjid....

Beliau menjelaskan bahawa ada dua hadis mengenainya: Pertama hadis yang melarang berniaga di masjid dan Kedua hadis yang menceritakan nabi membeli unta Jabir bin Abdullah dan urusniaga itu berlaku di masjid. ( ketiga editor menambah, hadis Kaab bin malik menuntut hutang di masjid ). Hadis-hadis ini seolah-olah ada pertentangan. Ustaz menjelaskan bahawa masjid dilarang untuk dijadikan seperti pasar dengan perniagaan yang hiruk-pikuk dan riuh rendah, tetapi urus niaga yang tidak melibatkan  perlakuan dimikian tidaklah dilarang. Buktinya bahawa nabi sendiri melakukan pembelian unta Jabir dan pembayarannya dilakukan di masjid, begitu juga Kaab menuntut hutangnya di masjid. Wallahu a`lam.
banyak lagi perkara yg perlu kita pelajari (perpustakaan MSU)



berniaga dpn pejabat masjid tmn temerloh jaya
jualan kitab

kuih-mueh

No comments:

Post a Comment