Sunday, April 17, 2011

Purdah

Purdah



berpurdah di perpustakaan universiti sains pengurusan (msu) shah Alam
konvo berpurdah





bawa anak solat jamaah di masjid







Pertama kali saya melihat perempuan berpurdah ialah di universiti malaya tahun 1976. Pertamanya pelajar dari fakulti perubatan yang mengambil kursus pilihan di fakulti sastera dan keduanya rakan sekursus di fakulti sastera. Pada masa itu purdah sangat asing malah perempuan bertudungpun jarang.
Dalam tahun 1970an Tenaga pengajar perempuan di Kolej Islam Kelang pun tidak bertudung... murid-murid perempuan pula bertudung dengan menampakkan rambut di bahagian hadapan. Ada pelajar semasa di KIK bertudung tetapi apabila masuk ke universiti malaya, mereka tidak bertudung. Ada yang bertudung semasa di UKM tetapi apabila balik ke Sarawak dia tidak bertudung. Begitulah taraf pemakaian tudung dan taraf menutup aurat pada masa itu.
Pada minggu lepas (2011) saya melawat ke msu (universiti sains pengurusan) di shah alam. Semasa di perpustakaan universiti tersebut saya terpandang seorang mahasiswi berpurdah sedang membaca. Untuk tujuan dakwah dan mempromosikan syiar Islam saya mengambil gambar siswi berkenaan. Selepas itu saya melihat ada beberapa orang lagi siswi berpurdah tetapi tidak sempat untuk diambil gambarnya kerena mereka sedang berjalan. saya percaya orang Islam perlu mempunyai rasa bangga dengan agama mereka dan mempromosikannya ke tengah masyarakat dunia.

No comments:

Post a Comment