Wednesday, May 25, 2011

Kaabah di SMK Datuk Bahaman

Model kaabah dipinjam dari Tabung Haji Temerloh
 Sabtu 21.5.2011 SMK Datuk Bahaman mengadakan program Lambaian Kaabah di dewan sekolah. Program ini merupakan kursus pelaksanaan haji secara teori dan praktik. Kursus ini mendapaat kerjasama dari Lembaga Tabung Haji Temerloh. Tabung Haji meminjamkan model kaabah, jamrah dan lain-lain kelengkapan untuk kursus ini.

Model kaabah di SMK Paya Pulai

surau tutup

 Taman Chengal Temerloh.
Minggu lepas saya singgah di surau Taman Chengal, untuk solat zohor. saya dapati surau ini berkunci, nasib baik bilik airnya buka. Dapatlah saya berwuduk  dan solat di branda belakang.

Saya fikir surau ini jarang digunakan, kerana kelihatan kotor dan tidak dijaga. Saya menyeru ahli qariah taman ini supaya menghidupkan surau ini dan menunaikan solat fardu secara berjamaah setiap waktu.
pintu berkunci
sampah

Monday, May 16, 2011

menunggang kuda

bermain polo di pekan pahang.
 Sabtu lepas 7.5.2011 saya ke pekan. Semasa lalu di hadapan istana, kelihatan orang bermain polo. menunggang kuda merupakan sunnah nabi. ada hadis yang menganjurkan umat islam belajar menunggang kuda di samping memanah dan berenang. Kesemua sukan ini tidak banyak diceburi oleh orang islam. orang melayu suka takraw... cubalah ikut sunah sikit, menunggang kuda atau memandah dan berenang.





Saturday, May 14, 2011

Surat Kepada Jin.

 Allah yang maha tahu... ada kata hadis, ada kata hadis itu palsu (mengenai surat kepada jin ini) . (baru edit: confirm ini hadis palsu, jangan beramal dan jgn meriwayatkannya.)
petikan surat nabi kepada jin

Saturday, May 7, 2011

perintah membaca

 Allah meyuruh kita membaca. Itulah mesej yang dapat difahami daripada wahyu  pertama yang diturunkan kepada Nabi kita. Kerana membaca adalah perintah Allah, maka kita mestilah membaca. Bacaan terbaik tentulah Al-Quran.

di perpustakaan negara kuala lumpur.

skjc mentakab
mmmmmmmmm. Gambar di bawah ini diambil di skjc mentakab. perkara yang ingin dikemukakan ialah kebersihan. Pemandangan ini menunjukkan murid sekolah sedang makan dikantin. Saya perhatikan tiada sampah yang kelihatan. kita semua patut mencontohi amalan kebersihan yang murid-murid sekolah ini amalkan.