Saturday, March 19, 2011

masjid jempul negeri 9.

masjid di Sri Jempul n9
masjid contoh dalam Islam adalah masjid Nabi di Madinah. Ia menjadi tempat ibadat, tempat bermesyuarat, tempat persembahan, tempat tawanan, tempat menuntut ilmu, tempat persinggahan, tempat bermalam (ahli suffah), tempat iktikaf (10 hari dan malam terakhir ramadhan), tempat menerima perutusan, dan lain-lain keperluan. Masjid  zaman rasul adalah masjid yanag mesra pelanggan. Cucu nabi berdukung kepada nabi ketika nabi mengimamkan solat. Sahabat menghantar barang sedekah, zakat dan hadiah ke masjid. barang rampasan perang pun dibahagi di masjid.


Zaman kini masjid tidak mesra pelanggan. masjid dikunci, tidak boleh tidur, kanak-kanak dilarang masuk dan berbagai lagi tegahan  lain.

Sabtu 12.3.2011 yang lalu saya singgah di masjid Jempul negeri sembilan untuk solat zohor dan asar. ramai orang yang singgah solat tetapi tidak mahu solat berjamaah.



masjid di Mahsan Bahau N9

Friday, March 11, 2011

siapa sibuk? siapa kaya? siapa miskin?

sungai pahang
berjual di pekan sari temerloh
masjid batu satu temerloh - masjid swasta
siapakah orang yang sibuk?
orang yang sibuk sudah tentu orang yang tak sempat solat, dan tak da masa nak solat berjamaah di masjid... sibuksangat..sangat sibuk. siapa beri sibukkkk, tentulah Allah beri dia sibuk dan allah juga beri ruang untuk ramai orang lain pergi solat berjamaah di masjid setiap waktu 5kali setiap hari.(semoga Allah pilih saya untuk solat berjamaah 5 kali setiap hari sehingga saya mati), Amin.
masjid abu bakar temerloh,

Siapakah orang yang kaya?
iaitu orang yang mampu berzakat dan bersedekah dan dia sentiasa berzakat dan bersedekah. orang miskin tak berzakat dan tak bersedekah walau duit dia berbilion. teringat pulak, husni mubarak bayar zakat tak, kata duit dia berbilion. ada orang sangat miskin, hingga tak mampu beli kain tudung untuk isteri walau dia boleh beli kapal terbang dan halikopter... kesian mereka yang miskin dan tidak mampu.

Sunday, March 6, 2011

Kelebihan membaca al-Quran.

1) Rezeki yang melimpah
2)Berdisiplin
3)Kuat ingatan
4)membersihkan hati
5)melahirkan akhlak yang mulia
6)mengasah suara
7)menjauhi fakir, papa dan derita
8)diangkat menjadi pemimpin
Al-quran mushaf uthmani di majsid husain
9)mendapat pelbagai kelebihan di akhirat.

Tuesday, March 1, 2011

Asas 20 (sambungan) - asas ke5.

kubah dan menara masjid maran, pahang.
Asas kelima: Pendapat imam atau naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian berbagai segi dan yang berhubung dengan `masoleh mursalah' boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadah ialah taabbud tanpa melihat kepada makna. Asal pada adat melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.