Saturday, March 19, 2011

masjid jempul negeri 9.

masjid di Sri Jempul n9
masjid contoh dalam Islam adalah masjid Nabi di Madinah. Ia menjadi tempat ibadat, tempat bermesyuarat, tempat persembahan, tempat tawanan, tempat menuntut ilmu, tempat persinggahan, tempat bermalam (ahli suffah), tempat iktikaf (10 hari dan malam terakhir ramadhan), tempat menerima perutusan, dan lain-lain keperluan. Masjid  zaman rasul adalah masjid yanag mesra pelanggan. Cucu nabi berdukung kepada nabi ketika nabi mengimamkan solat. Sahabat menghantar barang sedekah, zakat dan hadiah ke masjid. barang rampasan perang pun dibahagi di masjid.


Zaman kini masjid tidak mesra pelanggan. masjid dikunci, tidak boleh tidur, kanak-kanak dilarang masuk dan berbagai lagi tegahan  lain.

Sabtu 12.3.2011 yang lalu saya singgah di masjid Jempul negeri sembilan untuk solat zohor dan asar. ramai orang yang singgah solat tetapi tidak mahu solat berjamaah.



masjid di Mahsan Bahau N9

No comments:

Post a Comment