Saturday, July 2, 2011

Satu sukan

kumpulan main catur 2/7/2011 smk datuk bahaman
 sukan memang sunnah. tapi orang jarang nak jadikannya ibadah. Kebanyakan sukan melibatkan pendedahan aurat, percampuran lelaki perempuan, tinggal solat dll - itu menjadikan sukan sebagai maksiat. sukan memanah, berkuda dan renang tidak diusahakan dan tidak dijadikan ibadah... marilah kita fikir dan improve!
ramai murid satu permainan - catur

baru selesai tanam pokok - satu guru satu pokok. smk datuk bahaman

safar

stesyen kereta api mentakab
 Dalam Al-Quran, ada firman Allah menyuruh manusia berjalan di muka bumi untuk melihat/mempelajari ayat-ayat Allah bagaimana akibat keingkaran terhadap Allah. Allah malah mencabar manusia untuk menembus langit, sesungguhnya mereka tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuasaan/sultan/ (kerajaan dll). marilah kita berfikir... dan bertindak

stesyen mentakab, sunyi dan lengang.

Senjata

 Khamis lepas, JPN Pahang mengadakan program cegah jenayah di smk Sri Semantan. Apa yang menarik ialah senarai senjata berjadual yang dipamerkan dalam program itu. Antaranya parang panjang, tombak lada, rantai, kerambit, buku lima, kapak kecik dll. diantaranya termasuklah dadah. Sebenarnya dadah adalah senjata yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk membunuh (memusnahkan) sesuatu bangsa. Ingat bagaimana imprialis british membawa masuk candu ke china suatu masa dahulu sehingga tercetusnya perang chandu dan british menjajah.
Walau bagaimanapun, penagih mendapat layanan sangat istimewa. mereka ditempatkan di pusat latihan, diberi makan dan dijaga. Peruntukan makan mereka mngkin melebihi peruntukan makan murid sekolah di asrama. Mereka anak emas - bukan penjenayah.
dadah dan pralatan penagih

Sunday, June 26, 2011

Bengkel Pembinaan Modul pendidikan Islam

Panitia pendidikan Islam daerah temerloh

telah mengadakan bengkel membina
modul pendidikan islam spm dan pmr
bertempat di smk paya pulai pada
 24 dan 25. 5 2011.
peserta bengkel diketuai Us. Mohd Zan

sedang berbengkel

di smk paya pulai


majlis penutup di bilik gerakan

Us. Khalid, pengacara majlis penutup.

Timbalan PPD merasmi penutup

tetamu di galeri smk  datuk bahaman

pengetua bersama para tamu program pelancungan koperasi sekolah smk datuk bahaman
m

Sunday, June 12, 2011

masjid lama dan masjid baru

mehrab masjid baru kerdau

masjid umar bin abd Aziz (masjid lama kedau)

masjid baru.
pada hari sabtu 4.6.2011 yang lalu saya singgah di masjid baru kerdau (dekat padang dan tapak pasar malam). Ini pertama kali saya singgah di masjid baru. sebelumnya saya

selalu solat di masjid lama yang diberi nama hebat iaitu masjid umar bin abdul aziz. saya hadir mesyuarat pelantikan ajk pertama masjid itu (selepas dipindahkan dari kg kuala kerdau ke tapak sekarang) bukan main sengit perebutan jawatan AJKnya. Beberapa tahun kemudian saya  singgah solat zohor di situ, saya dapati masjid berkunci dan saya solat di bahagian tepi, berseorangan.. Mana agaknya orang-orang yang dulunya sangat berssemangat berebut jawatan? datanglah solat,  berebut sunnah nabi,  solat berjamaah di masjid. Masjid lama masih utuh, tapi dibina pula masjid baru....Rasulullah membina masjid secara kerjasama dangan para sahabat, masjid menjadi pusat dakwah, pusat pengajian dan kolej kediaman mahasiswa yang antara penghuninya ialah Abu Hurairah. Masjid moden dengan fikiran moden `dilarang tidur dalam masjid`.

Gajah di Kuala Gandah dan Bukit Rengit.

Add caption




Wednesday, May 25, 2011

Kaabah di SMK Datuk Bahaman

Model kaabah dipinjam dari Tabung Haji Temerloh
 Sabtu 21.5.2011 SMK Datuk Bahaman mengadakan program Lambaian Kaabah di dewan sekolah. Program ini merupakan kursus pelaksanaan haji secara teori dan praktik. Kursus ini mendapaat kerjasama dari Lembaga Tabung Haji Temerloh. Tabung Haji meminjamkan model kaabah, jamrah dan lain-lain kelengkapan untuk kursus ini.

Model kaabah di SMK Paya Pulai