Sunday, June 12, 2011

masjid lama dan masjid baru

mehrab masjid baru kerdau

masjid umar bin abd Aziz (masjid lama kedau)

masjid baru.
pada hari sabtu 4.6.2011 yang lalu saya singgah di masjid baru kerdau (dekat padang dan tapak pasar malam). Ini pertama kali saya singgah di masjid baru. sebelumnya saya

selalu solat di masjid lama yang diberi nama hebat iaitu masjid umar bin abdul aziz. saya hadir mesyuarat pelantikan ajk pertama masjid itu (selepas dipindahkan dari kg kuala kerdau ke tapak sekarang) bukan main sengit perebutan jawatan AJKnya. Beberapa tahun kemudian saya  singgah solat zohor di situ, saya dapati masjid berkunci dan saya solat di bahagian tepi, berseorangan.. Mana agaknya orang-orang yang dulunya sangat berssemangat berebut jawatan? datanglah solat,  berebut sunnah nabi,  solat berjamaah di masjid. Masjid lama masih utuh, tapi dibina pula masjid baru....Rasulullah membina masjid secara kerjasama dangan para sahabat, masjid menjadi pusat dakwah, pusat pengajian dan kolej kediaman mahasiswa yang antara penghuninya ialah Abu Hurairah. Masjid moden dengan fikiran moden `dilarang tidur dalam masjid`.

No comments:

Post a Comment