Asas Pertama:
|
Kahirah |
|
pelajar kisas |
Fahamilah bahawa: Islam adalah satu sistem yang lengkap, merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara, watan, pemerintah, umat, akhlak, kekuatan, rahmat, keadilan, kebudayaan, undang-undang, ilmu, kehakiman, material, kekayaan, jihad, dakwah, ketenteraan, fikrah...sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah.
Asas Kedua:
|
Bayan dlm bahasa Urdu di masjid Taman temerloh Jaya. |
Al-Quran dan Sunnah merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-Quran hendaklah difahami mengikut kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak mengambil mudah. Sunnah pula difahami melalui periwayat hadis yang thiqah.
Asas Ketiga:
Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakiNya di kalangan hamba-hambaNya.
|
Ar-rawsha restoran kg Pandan KL. |
llham, litasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syarak. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan nas agama.
Asas Keempat.
Tangkal, jampi, azimat, makrifah, kihanah dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong dalam bab ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma'thur dari Rasulullah.
No comments:
Post a Comment